Monday, March 1, 2010

Air Mata Junjungan@Rasulullah S.A.W

Malam tadi aku berkesempatan menonton program Halaqah di TV9. Saat aku menekan butang kawalan jauh Astro pengacara program kali itu sedang memberitahu kepada orang yang menonton di rumah silalah bersama-sama mendengar cerita yang dah lama itu dan turun menyaran agar lampu di rumah dipadam supaya dapat bersama-sama menghayati cerita yang akan diceritakan oleh seorang Ustaz yang namanya aku tidak ingat.

Aku pun turut mematikan switch lampu di ruang tamu. Duduk bersila sambil mendengar dengan khusuk apa yang akan diceritakan oleh ustaz.

Ustaz mula bercerita mengenai Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Sambil mendengar cerita ustaz.. air mata ku mengalir deras di pipi. Sungguh sayu dan sungguh pilu mengenang perjuangan Rasulullah. Betapa Rasulullah begitu kasihkan Umatnya.. kita semua. Kita-kita inilah umat Rasulullah.

Aku turut terpanggil menyanyakan diriku sendiri di ketika itu adakah selama ini kasihku pada Rasulullah begitu kuat seperti mana kasihnya Rasulullah padaku.

Air mata terus meluncur laju. Aku menginsafi kealpaan diri sendiri. Aku sebenarnya tidak sayangkan Rasulullah sebagaimana Rasulullah kasihkan aku. Kerana aku kurang berselawat ke atas beliau. Dalam sehari hanya 1 - 2
kali sahaja aku berselawat kepadanya.

Sedangkan Rasulullah di saat akhir hidupnya hanya menyebut Umati ! Umati! Umati ! sehinggalah nafasnya berhenti. Begitu Agung kasihnya Rasulullah kepada kita. sehinggakan beliau tidak menyebut langsung nama isterinya mahupun anak baginda.

Di saat itu aku menadah tangan berdoa kepada Allah.. betapa aku bersyukur kerana terpilih menjadi Umat Nabi Muhammad SAW. Aku mohon kepada Allah agar diriku sentiasa dekat kepada Rasulullah dan aku ingin terus menyayangi Rasulullah sepertimana aku kasih kepada Allah.

Aku bersyukur kehadrat Illahi kerana aku telah dipilih untuk menjadi hamba_Nya dan terpilih menjadi Umat Nabi Muhammad S. A. W

No comments:

Sesuci Cinta