Friday, November 1, 2013

Awang Oneng

Awang Oneng ni anak Commey.. kucing kat rumah suamiku kat kampung.  Lain kali aku kongsi cerita bagaimana aku boleh terjebak menjaga AO ni.

Saturday, January 1, 2011

'Ilhamku'


Malam semakin jauh meninggalkan siangnya
......Diluar ku dengar lagu hujan
mendayu-dayu

Aku masih bercinta dengan ilhamku
Aduhai
asyik!

Kak Ngah
02.01.2011
Miri

'Aku Yang Lelah'


Ku campakkan lelahku pada laut yang menangis
Kata sang ombak "Aku kejam".

"Aku tidak mengerti beban mereka
payah mereka".

Aku berbisik pada ombak..
"Perjalananku masih jauh"
"Di hadapanku Jalan Berduri "

Sebenarnya aku cukup mengerti
Cuma aku tak segagah mereka
Mereka mampu menelan sebuah dunia
Dan aku tak mampu mengalas sebuah'lelah'



Kak Ngah
01.01.2010

Thursday, June 17, 2010

Kemana Menghilangnya Ia









Setelah lapan hari berada semula di rumah.. wajah comelnya belum lagi aku temui hatiku meronta-ronta ingin melihatnya. Sekian lama aku memendam rindu kepadanya balik-balik ke rumah dia lenyap kemana.

Puas sudah aku mencari.. cari ke rumah jiran yang tempat 'dia' selalu bertandang namun dia tidak juga berada di rumah itu. Minggu lepas aku cuba menjejaki dirinya lagi aku pergi ke beberapa buah rumah namun tidak juga aku temui 'dia'.

Aku cuba cara terakhir mencarinya. Aku membuat solat sunat hajat.. Aku amat berharap dirinya akan kutemui lagi. Hanya Kepada Allah aku memohon semoga aku masih boleh bertemu dengannya. Namun hari ini usahaku masih gagal.

Kemanakah dia menghilang... aku tidak ada jawapannya... andai aku tahu di mana ia berada aku akan menjemputnya.

Sayang... pulanglah... Ibu merinduimu... Ibu masih mahu melihatmu.. Gelagatmu menghiburkan hati ibu....

Monday, March 1, 2010

Air Mata Junjungan@Rasulullah S.A.W

Malam tadi aku berkesempatan menonton program Halaqah di TV9. Saat aku menekan butang kawalan jauh Astro pengacara program kali itu sedang memberitahu kepada orang yang menonton di rumah silalah bersama-sama mendengar cerita yang dah lama itu dan turun menyaran agar lampu di rumah dipadam supaya dapat bersama-sama menghayati cerita yang akan diceritakan oleh seorang Ustaz yang namanya aku tidak ingat.

Aku pun turut mematikan switch lampu di ruang tamu. Duduk bersila sambil mendengar dengan khusuk apa yang akan diceritakan oleh ustaz.

Ustaz mula bercerita mengenai Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Sambil mendengar cerita ustaz.. air mata ku mengalir deras di pipi. Sungguh sayu dan sungguh pilu mengenang perjuangan Rasulullah. Betapa Rasulullah begitu kasihkan Umatnya.. kita semua. Kita-kita inilah umat Rasulullah.

Aku turut terpanggil menyanyakan diriku sendiri di ketika itu adakah selama ini kasihku pada Rasulullah begitu kuat seperti mana kasihnya Rasulullah padaku.

Air mata terus meluncur laju. Aku menginsafi kealpaan diri sendiri. Aku sebenarnya tidak sayangkan Rasulullah sebagaimana Rasulullah kasihkan aku. Kerana aku kurang berselawat ke atas beliau. Dalam sehari hanya 1 - 2
kali sahaja aku berselawat kepadanya.

Sedangkan Rasulullah di saat akhir hidupnya hanya menyebut Umati ! Umati! Umati ! sehinggalah nafasnya berhenti. Begitu Agung kasihnya Rasulullah kepada kita. sehinggakan beliau tidak menyebut langsung nama isterinya mahupun anak baginda.

Di saat itu aku menadah tangan berdoa kepada Allah.. betapa aku bersyukur kerana terpilih menjadi Umat Nabi Muhammad SAW. Aku mohon kepada Allah agar diriku sentiasa dekat kepada Rasulullah dan aku ingin terus menyayangi Rasulullah sepertimana aku kasih kepada Allah.

Aku bersyukur kehadrat Illahi kerana aku telah dipilih untuk menjadi hamba_Nya dan terpilih menjadi Umat Nabi Muhammad S. A. W

Monday, August 10, 2009

Daerah Kelahiran



Tatkala meninggalkan mu
Pasti hati dipukul rindu mengebu-gebu
Riak wajah tenangmu membuatku selalu resah
Segera ingin pulang


Kasihmu menghangatkan

Dan tiap waktu ku mendambakan.
Takkan mungkin ku berpaling

Dari wajah manis mu
Kerana di sini telah ada cinta

Yang telah sekian lama menyatukan kita

Karya,
Morsa
Bandar raya Miri
2009

Friday, August 7, 2009

Sepi Yang Kejam..

Mahuku usir sepi yang bertandang
Ia seperti api yang buas rakus menjilat tenangku
Ah benci
Tapi mengapa juga ia sering datang?

Sesuci Cinta