Showing posts with label PUISI. Show all posts
Showing posts with label PUISI. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

'Aku Yang Lelah'


Ku campakkan lelahku pada laut yang menangis
Kata sang ombak "Aku kejam".

"Aku tidak mengerti beban mereka
payah mereka".

Aku berbisik pada ombak..
"Perjalananku masih jauh"
"Di hadapanku Jalan Berduri "

Sebenarnya aku cukup mengerti
Cuma aku tak segagah mereka
Mereka mampu menelan sebuah dunia
Dan aku tak mampu mengalas sebuah'lelah'



Kak Ngah
01.01.2010

Friday, August 7, 2009

Sepi Yang Kejam..

Mahuku usir sepi yang bertandang
Ia seperti api yang buas rakus menjilat tenangku
Ah benci
Tapi mengapa juga ia sering datang?

Wednesday, August 5, 2009

Penenun Merdeka





Kita telah berabad berbajukan Merdeka
Baju yang ditenun dari kain berharga
Yang ditenun dari seluruh benang-benang
Kudrat iradat semangat kuat Bapa Kemerdekaan kita

Juga dari seluruh benang-benang perpaduan kesepakatan
Pembela-pembela Bangsa dan Negara

Untuk negara dan rakyat tercinta


Hingga kini kita masih selesa berbajukan Merdeka
Kerana ia Warisan Penenun Merdeka
Ingat inilah perjuangan mereka
Perit jerih mereka

Yang tidak wajar kita persia
Yang perlu kita pelihara hingga akhirnya


Saat cemerlang itu telah kita capai telah kita genggam
Sejak detik malam tanggal 31.05.1957
Laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama
Masih lagi bergema dan sangat-sangat dekat di hati kita

Dan sudah pasti Ia akan bergema lagi
Walau Perdana Menteri telah silih berganti
Terima Kasih Kepada Penenun Merdeka
Kami akan jaga baju ini selamanya.
Inilah Ikrar Kami Rakyat Malaysia
Pewaris Penenun Merdeka





Thursday, July 16, 2009

Kasih




Perjalanan ini terlalu lama
Entah sempatkah kita
Menghirup manisnya madu
Kehidupan di sana

Kasih
Masih perlukah kita menggunakan masa yang lama lagi
Untuk kita sampai di sana
?

Monday, June 29, 2009

Kini Aku Mengerti


Kini Aku Mengerti

Ketukan itu adalah getar hatiku yang berbisik
Menjawab persoalan yang dulunya meresahkan
Dak dik duk
Dak dik duk
Dak dik duk
Kini aku pasti
Lalu tidak mahu ku biarkan ia pergi

Hotel Perkasa Ranau, Sabah

12 Mei 2009




Saturday, May 23, 2009

Maafkan Aku Teman




Maafkan aku teman
Kerana tak kuat mengenggam erat
Pautan persahabatan kita
Jalinan terlerai jua lalu jatuh berpecahan

Maafkan aku
Kerana tidak mampu lagi mencantumkan
Pecahan-pecahan jalinan persahabatan kita
Kerana ia sudah hancur
Kau harus mengerti

Tuesday, July 1, 2008

Pulau Puisi

Ku tabur kata-kata

Di halaman impi cita

lalu tumbuh menjadi pulau-pulau kita

Angin damai meniup lembut terasa

Pulau itu bukan khayalan direka-reka

Kerana ada perkampungan di sana

Dan kitalah warganya

Monday, June 30, 2008

PUISI TERIMA KASIH KEPADA YANG PENCIPTA

Terima kasih meminjamkan aku sebuah kehidupan

lalu aku mengenal kewujudanMu


Terima kasih menghadiahkan aku sebuah kitab ilmu

lalu aku ingin mempergunakannya dalam kehidupanku






Sunday, June 29, 2008

Puisi Untuk Teman Baru




Kini terbina
Jambatan Persahabatan di antara kita
Buatannya sungguh teliti
Dari batu-batu harapan dan kepercayaan
Dari tiang-tiang keikhlasan dan kejujuran

Kita adalah pemegang kekuatannya
Lalu Jangan dibiarkan
Angin Cemburu mengoyahkannya
Kerana Taufan Hasat Dengki
Bakal merobohkannya

Hargailah ia
Ke penghujung usia




30.06.2008


















Sesuci Cinta