Wednesday, August 5, 2009

Penenun Merdeka





Kita telah berabad berbajukan Merdeka
Baju yang ditenun dari kain berharga
Yang ditenun dari seluruh benang-benang
Kudrat iradat semangat kuat Bapa Kemerdekaan kita

Juga dari seluruh benang-benang perpaduan kesepakatan
Pembela-pembela Bangsa dan Negara

Untuk negara dan rakyat tercinta


Hingga kini kita masih selesa berbajukan Merdeka
Kerana ia Warisan Penenun Merdeka
Ingat inilah perjuangan mereka
Perit jerih mereka

Yang tidak wajar kita persia
Yang perlu kita pelihara hingga akhirnya


Saat cemerlang itu telah kita capai telah kita genggam
Sejak detik malam tanggal 31.05.1957
Laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama
Masih lagi bergema dan sangat-sangat dekat di hati kita

Dan sudah pasti Ia akan bergema lagi
Walau Perdana Menteri telah silih berganti
Terima Kasih Kepada Penenun Merdeka
Kami akan jaga baju ini selamanya.
Inilah Ikrar Kami Rakyat Malaysia
Pewaris Penenun Merdeka





Sunday, July 26, 2009

Aku dan Si Kura-kura


Pada petang itu aku diselubung rasa sedih yang mencengkam. Hati menjadi rawan. Lantas air mata mencurah laju di pipi. Aku menjadi hiba mengenang nasib diri yang ku anggap tidak sebaik nasib orang lain.

Sedang diulit kesedihan tiba-tiba aku terpandang seekor kura-kura yang sedang merangkak perlahan menyeberangi jalan. Melihat keadaan si kura-kura rasa sedihku hilang. Aku kembali ceria. Semangat kuatku kembali menapak dalam diri.

Aku mempunyai jawapan pada persoalan yang sering aku tanyakan pada diriku sebelum ini.

Mengapa harus aku bersedih? Sedangkan aku sepatutnya dan seharusnya merasa bahagia kerana aku seorang manusia. Manusia yang ada segala-galanya. Jika dibandingkan dengan si kura-kura itu.

Kura-kura juga sendiri tetapi si kura-kura tidak pernah bersedih. Malah si kura-kura tetap menjadi dirinya yang penyantun dan penyabar. Sepatutnya aku harus mempunyai rasa sabar yang tinggi. Penyabar seperti si kura-kura.

Sejak itu setiap kali hati dilanda rasa sedih aku akan merenung kembali diriku dengan si kura-kura. Aku ingin meminjam kata-kata pakar motivasi Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.. dari buku MEMBINA PERIBADI ANGGUN - Bahagia untuk dinikmati bukan untuk diuji. Menguji bahagia, bahagia tetap di sisi. Begitulah seharusnya kita menafsir bahagia. Bahagia itu letaknya di hati. Kita tidak mampu berasa bahagia kalau kita merasakan tidak boleh bahagia. Kita tidak akan bahagia selama mana kita menyangka bahagia itu berada pada sesuatu - mungkin orang, mungkin benda, mungkin harta, mungkin wang ringgit. Itu semua hanyalah salah satu ciri-ciri kebahagiaan namun hakiki dan kekal abadi adalah apa yang ada dalam hati. Berusahalah untuk bahagia tetapi usah terlalu memburunya hingga mengorbankan sesuatu yang telah sedia membahagiakan kita. Bahagia di mata orang, bukan semestinya bahagia di mata kita. Lantaran ukuran bahagia tidak pernah menjanjikan dari apa dan siapa maka syukurilah kehidupan yang sedia ada. Kita melangkah tatkala bahagia hanya beberapa langkah di hadapan dan kita mengambilnya tanpa perlu merampas daripada sesiapa. Bahagia adalah milik setiap orang yang telah bersedia untuk berasa bahagia.

Tuesday, July 21, 2009

Thursday, July 16, 2009

Kasih




Perjalanan ini terlalu lama
Entah sempatkah kita
Menghirup manisnya madu
Kehidupan di sana

Kasih
Masih perlukah kita menggunakan masa yang lama lagi
Untuk kita sampai di sana
?

Wednesday, July 1, 2009

International Heritage Poetry Festival International

Di sinilah kami berkampung berberapa hari di Chalet Taman Negara Gua Niah, Subis.

Anak-Anak Peribumi Rumah Panjang Sungai Tangap, Niah(Subis)


Kak Kim Pensyarah dari Universiti Malaysia peserta dari Korea


Sasabila rakan Putera




Akulah..










































Monday, June 29, 2009

Kini Aku Mengerti


Kini Aku Mengerti

Ketukan itu adalah getar hatiku yang berbisik
Menjawab persoalan yang dulunya meresahkan
Dak dik duk
Dak dik duk
Dak dik duk
Kini aku pasti
Lalu tidak mahu ku biarkan ia pergi

Hotel Perkasa Ranau, Sabah

12 Mei 2009




Saturday, May 23, 2009

Maafkan Aku Teman




Maafkan aku teman
Kerana tak kuat mengenggam erat
Pautan persahabatan kita
Jalinan terlerai jua lalu jatuh berpecahan

Maafkan aku
Kerana tidak mampu lagi mencantumkan
Pecahan-pecahan jalinan persahabatan kita
Kerana ia sudah hancur
Kau harus mengerti

Sesuci Cinta