Tuesday, May 5, 2009

Cerpen Fik


Malam itu malam yang indah buatku. Tidak terduga olehku Fik akan menghubungiku. Fik meluah segala-galanya padaku. Tentang cintanya padaku. Tentang harapannya terhadapku selama ini. Aku juga tidak tahu bahawa selama ini Fik begitu menginginkan ku dan mendambakan ku.

Cuma aku tidak mengerti mengapa Fik tiba-tiba meninggalkan ku dulu? Jika benar lelaki itu mahukan ku kenapa lelaki itu pergi meninggalkan ku? Kalau betul kita suka dan sayang pada seseorang haruskah kita pergi darinya? Hatiku berbisik.

''Jika benar U mahukan I, kenapa U tinggalkan I? Persoalan itu terpancul jua dari bibirku. Aku tidak mahu dipersalahkan Fik. Tidak adil Fik menghukumku di atas kesalahan yang tidak aku lakukan.

Fik menjelaskan satu persatu padaku. Penjelasan yang amat mengejutkan aku. Aku fikir Fik sudah cukup mengerti akan diriku. Mengerti yang aku juga ada perasaan yang sama terhadapnya. Tetapi tekaanku salah. Ternyata Fik tidak mengerti. Fik langsung tidak mampu membaca segala sikap ku terhadapnya dulu. Dan kerana salah sangka dan salah anggap Fik tinggalkan aku. Kata Fik masa itu dia mengharap sangat aku juga akan berterus-terang padanya. Fik mahu aku melafazkan aku juga ada perasaan yang sama terhadapnya.

''Manalah I tau Fik itu yang U mahukan dari I. Kenapa tidak U yang beritahu I, U sepatutnya beritahu I Fik, apa sebenarnya yang U mahu I lakukan. Selepas menjelaskan apa yang terbuku di hatiku. Tak semena-mena hatiku menjadi sayu. Air mata berguguran dari kelopak mata.

Berbagai perasaan yang hadir pada diriku ketika itu. Aku kesal Fik tidak berterus-terang padaku dulu. Susah sangat ke untuk dia memberitahuku apa yang dia mahukan dariku? Satu kesalahan yang besar ke untuk dia memperjelaskan kepadaku? perlukah aku memarahinya? Tapi untuk apa aku perlu memarahinya? Bukankah telah banyak masa telah Fik persia-siakan?


Malam itu aku merasakan bagai berdiri di hadapanku. Fik seolah-olah berada di depanku. Aku dan Fik bersembang sampai ke pagi. Kami mempergunakan waktu sebaik mungkin untuk meluahkan apa saja yang selama ini telah tersimpan di lubuk hati masing-masing.

Padaku saat itu telah membukti akan kebenaran hatiku terhadap Fik. Aku telah lama mencintai Fik. Lelaki yang aku kenali lima tahun dulu. Aku juga tidak mengerti mengapa rasa cinta itu harus hadir di ruang hatiku cinta itu wujud bagaikan sakti.

Fik kata dia sangat gembira saat itu kerana dia telah mendapat semula Puteri Impiannya semula. Aku pun begitu. Rindu padanya bertaut kembali.

Tetapi kenapa selepas malam itu Fik menyepi lagi?

Sakitkah dia? Di manakah dikau kekasih hatiku? Mengapa kau menyepi lagi setelah kau rebut semula hatiku?

Akukah yang tersilap mentafsirkan dirimu?

Atau adakah kau masih mahu menduga?

Kau masih belum yakin pada hati seorang wanita yang telah lama bertahta di hatimu?

Atau kau masih ragu-ragu?

Atau kau tidak pernah mahu mempercayai bahawa dirimu menyintai ku? Atau kau cuba menafikan kewujudan cinta itu?

Aku rindu padamu Fik. Malam tadi tidurku diganggu lagi oleh bayang-bayangmu. Bayang-bayangmu menganggu lenaku. Dalam Lena aku terdengar rintihan hatiku. Aku tahu aku merinduimu Fik. Telah lama rasa itu bertapak dalam jiwaku. Aku sedang digigit oleh taring rindu yang mencengkam dan bisanya amat menyakitkan.

"Fik! aku memanggil nama itu sekuat-kuatnya. "Yang, yang, kenapa ni?" Aku membuka kelopak mataku. Aku terkejut melihat Fik berada di sampingku. Merangkul tubuhku. Aku cuba mengingat apa yang berlaku. Tadi aku menunggu Fik pulang. Sementera itu aku berbaring di sofa lepas itu aku sudah tidak ingat apa-apa. ''Abang nampak sayang tidur lena tadi. Tak sampai hati abang nak kejutkan Sayang. Abang angkat Sayang ke bilik. Fik membisik ke telingaku.

"Thanks Abang, I Love You''. ''I Love You Too Sayang and so much. Fik menyapu air mata yang masih bersisa di pipiku lalu dikucupnya mesra. Aku membalas rangkulan suamiku. Fik memelukku dengan erat. Aku merasa begitu damai dalam pelukannya. Kalau boleh aku ingin selalu berada di dalam dakapannya. Dalam dakapan lelaki @ Suamiku Fik.
Dan semoga kebahagiaan ini kekal menjadi milikku. Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah. Amin!.

Monday, May 4, 2009

Nazam Kasih Ayah Ibu



Majlis Sembang Komsas Bersama Prof

SMK Bakong,
Beluru Bakong,
Miri
02.05.2009

Saturday, May 2, 2009

MAJLIS MALAM SIMPONI SASTERA PUTERA


Persatuan Penulis Utara Sarawak@PUTERA telah mengadakan majlis Malam SIMFONI SASTERA PUTERA 2009 @ MAJLIS PERLANCARARAN ALBUM ''KEMPANG MATI'' Lagu Iban Ti Pemadu Moden, Sahabat kita JAYA RAMBA telahpun menjadi rekoding artis.. Sahabat kita Jaya Ramba telah mengembang sayap bakatnya kini telahpun menjadi penyanyi pula.






MALAM SIMFONI SASTERA PUTERA 2009 Telah dirasmikan oleh YB, Lihan Jok Adun Telan Usan.

PUTERA juga telah menjemput dua orang tetamu yang cukup hebat... iaitu Prof Madya Dr. Lim Swee Tin (Tokoh Sastera kita) dan Komposer lagu-lagu Puisi iaitu Ledet.


Friday, December 12, 2008

C I N T A




Cinta bukan kata-kata
Cinta bukan kilauan permata
Cinta bukan wangian kenanga
Cinta bukan mentari jingga

Cinta bukan juga beribu
Dan bukan juga berbatu-batu

Cinta itu hanya satu
Cinta kepadaNya.


KARYA,
MHW
MIRI
2008

Kembali Bertandang (Mukah 2008)


Tatkala berkunjung di bumimu
Angin bermalas-malas meniup segarnya
Mengkongsikan rasa nyamannya
Hadirku tak disambut dengan senyum tawa

Hutan hijau berhiba
Pepohon kelapa berwajah duka
Si Rumbia bergulana
Bimbang akan hilang dirinya
Di tanah ibunda
Moga nasib mereka tak dipersia


Karya,

MHW
Perkampungan Penulis Sarawak
Mukah
June 2008

Daerah Kelahiran


Tatkala meninggal mu
Hati pasti dipukul ombak rindu mengebu
Riak wajah tenang mu
Membuatku resah ingin segera pulang

Telah lama kau beri kasih mu padaku
Mendakapku dengan penuh hangat
Tak akan ku berpaling
Dari manis wajah mu

Di sini telah ada cinta
Yang menyatukan kita


Miri..



Pergilah Sepi

Mahuku usir
Sepi yang selalu bertandang
Ia pembunuh seluruh rasa tenang
Seperti api yang menjilat sebuah kehidupan
Dan Dunia bagai mati.

Tapi aku tidak mampu mengusirnya
Kerana ia pasti datang
Mengetuk pintu hati
Dan masuk ke jiwa dan raga
Setiap Diri manusia

Ia sebenarnya sahabat setia

Dalam kehidupan kita


Karya,

MHW
12.12.2008
Miri

Sesuci Cinta